Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Tanah Runtuh

Earthquake in Sichuan China

Cara Meletakkan Gambar Latar

Meletakkan gambar latar adalah suatu kemestian bagi blogger persendirian atau 'personal blog'. Banyak blogger suka meletakkan gambar latar untuk membuat blog kelihatan menarik, menambahkan warna pada blog di samping satu kaedah untuk menunjukkan diri seseorang kepada pembaca. Untuk blogger yang suka penampilan, mereka selalunya meletakkan gambar diri mereka sendiri atau gambar-gambar yang berkaitan dengan hidup mereka. Terdapat juga blogger yang suka meletakkan gambar yang berkaitan dengan blog mereka dan ada juga yang meletakkan gambar latar sekadar untuk membuat blog mereka kelihatan lebih menarik.

Terdapat dua jenis gambar atau imej yang anda boleh letakkan di blog anda; satu adalah gambar statik, dan satu lagi adalah gambar yang dinamik atau yang boleh bergerak-gerak iaitu dalam bentuk 'gif'. Seperti yang anda boleh lihat sekarang ini, saya menggunakan gambar 'gif' di dalam blog ini dimana gambar latar BlogGimana adalah bergerak-gerak. Kod yang akan digunakan untuk kedua jenis gambar ini adalah sama sahaja, yang membezakannya cumalah jenis gambar yang digunakan. Untuk mendapatkan gambar statik(jpeg, jpg, bmp etc) adalah senang kerana boleh diperolehi terus dari kamera, tetapi untuk gambar 'gif' anda perlu membuatnya terlebih dahulu atau mencari gambar sedia ada di internet.

Kod yang diperlukan untuk meletakkan gambar latar adalah seperti berikut:

background-image: url(http://urlgambaranda);


Contoh(untuk gambar latar blog ini) :

background-image: url(http://img239.imageshack.us/img239/8372/
matrixbloggimanaqs0.gif);

Klik di sini untuk melihat imej tersebut.

Anda boleh memilih untuk meletakkan gambar di beberapa lokasi blog anda(sama seperti tutorial meletakkan warna latar). Lokasi-lokasi tersebut adalah keseluruhan blog, 'header', 'posting', 'sidebar' dan 'footer' setiap lokasi ini boleh diletakkan gambar yang berlainan. Cara-caranya adalah dengan menambah kod di atas beserta url imej di bahagian-bahagian blog anda dalam 'edit html'. Contohnya adalah seperti berikut:

Cara-cara Untuk Membina Blog

Berikut adalah cara-cara untuk membina blog dengan menggunakan Blogger.

Saya mengutamakan penggunaan Blogger kerana pembinaan blog dengannya tidak terhad malah anda boleh meletakkan hampir apa saja yang anda suka ke atas blog anda. Tidak kisahlah gambar, music, video malah menjadikan blog anda sebagai suatu medium pengiklanan yang mendatangkan pendapatan kepada anda.

1 Buka web browser anda dan pergi ke www.blogger.com.

2 Anda mestilah mempunyai email untuk membuka akaun blog di Blogger, jika anda mempunyai akaun email 'gmail' atau google mail, anda boleh terus menggunakannya untuk sign in ke blogger. Namun, jika anda menggunakan email dari provider lain. Klik 'Create A Blog' untuk mendaftar akaun baru. Pada borang yang keluar selepas itu, isikan maklumat email sedia ada anda serta maklumat-maklumat lain dan klik 'Continue'. Jika anda tidak anda email, anda boleh mendaftar satu di www.gmail.com.

3 Dalam page seterusnya, anda sudah boleh mula membina blog anda dengan mengenalpasti nama blog dan alamat url blog yang diinginkan. Jika anda blogger baru, saya cadangkan anda mula dengan sesuatu yang anda tahu, seperti blog diri anda sendiri, hobi anda atau lain-lain. Klik continue sesudah menetapkan maklumat tersebut.

4 Langkah seterusnya akan membawa anda ke pilihan template. Template adalah latar belakang kepada blog yang akan anda bina. Pilih template yang anda suka, dan klik continue. Anda juga boleh menukar template kemudian jika anda ingin mencuba template yang lain.

5 Dengan hanya 4 langkah tadi, blog anda sudah pun siap dan sedia untuk di masukkan isi (content). Klik pada Start Blogging untuk ke laman seterusnya. Bahagian ini adalah lokasi dimana anda dapat mengolah atau mengubah suai blog anda. Perhatikan butang-butang ini:

- Posting : Bahagian ini memaparkan alat-alat atau tool yang akan anda gunakan untuk mengolah post anda. (Post adalah isi-isi atau cerita anda) Di sini, anda boleh membuat post baru, atau mengubah post yang sedia ada di samping mengolah komen-komen daripada visitor anda. Oleh kerana blog anda masih baru, maka anda tidak mempunyai sebarang komen.

- Setting : Bahagian ini memaparkan setting-setting asas blog anda seperti nama dan alamat blog yang anda tetapkan tadi, format-format post, bahasa dan lain-lain. Anda boleh meneroka fungsi-fungsi yang terdapat pada bahagian ini dan apa kegunaannya. Saya galakkan anda menerokanya setelah membuat beberapa post setelah anda membiasakan diri dengan isi-isi muka depan blog.

- Layout : Ini adalah bahagian di mana anda boleh mengolah atau mengubah suai keseluruhan rupa blog anda. Perhatikan pada bahagian Page Elements, rupa bentuk blog anda dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu iaitu Navbar, Header, Blog Posts, Gadget Side Bar dan Gadget Footer. Tajuk yang anda isi tadi akan ditunjuk pada bahagian Header, dan Posts akan diletakkan pada bahagian Blog Posts, dan bahagian Side Bar dan Footer terserahlah kepada anda untuk mengolahnya sebagai mana yang anda suka. Add Gadget adalah tool yang boleh anda gunakan untuk memenuhi bahagian-bahagian itu. Seterusnya klik bahagian Fonts and Colors, tool di sini membolehkan anda mengubah warna-warna blog anda selain mengubah huruf yang anda gunakan. Jika tak faham maksud ayat disini, cuba cari dalam kamus English-Malay online. Bahagian Edit Template pula adalah bahagian untuk mengubah sesuatu ciri blog anda secara manual dengan html coding. Biasakan dengan bahagian lain sebelum anda meneroka bahagian ini. Untuk mengubah template pula, anda boleh membuatnya pada bahagian Pick New Template.